Friday, April 9, 2010

The saddest day of my live losing my Mom...PART 2


Hari silih berganti..tiada perubahan berlaku pada mama meskipun bermacam cara dicuba...Saat itu..hanya Allah yg tahu dan hanya Allah jualah tempat aku mengadu!!!

Entah mengapa..hanya mama yg tahu (mungkin dia juga sudah bosan berubat tradisional) mama menyuarakan akan hasratnya utk mendapatkan rawatan di hospital..Alhamdulillah,kali ini Abah bersetuju..Allah mendengar rintihanku.Aku bersyukur kepadamu Ya Allah..Syukur sesyukurnya!!! Abah menyerahkan hal ini padaku..Aku tau Abah sebenarnya masih keliru dan sedih...

Masihku ingat..tanggal March 2007,aku ke HUSM.Sebelum ni aku telah berbincang dgn rakanku yg juga doktor di situ utk mendapatkan rawatan yang terbaik.Aku mengenalinya setelah kami sama2 terlibat dlm aktiviti kebajikan membantu golongan2 miskin dan kurang upaya.Untuk pembedahan segera,dia cadangkanku ke..Usains .Kalau tak.. kena tunggu giliran..ambil masa plak.Kenal doktor sekalipun,kena tunggu giliran gak..Cuma cepat sikit dari biasa..dah lumrah la tu...Kalau ke KBMC @ Pakar Perdanapun..mostly doktor kat sini juga yg buat..lepas tu rawatan susulan kena datang sini jugak.Cost lebih kurang...Kat sini peralatan lengkap..Bilik dan layanan sama jer..


Setelah mendaftarkan mama di Jabatan Pesakit Luar,aku memaklumkan kepada doktor yg bertugas agar refer kes ibuku kepada Dr Zainal (teman bosku)dan aku bgtau utk admitkan mama kat wad Usains.Dr Zainal merupakan seorang pakar dan  dr yg terbaik utk pembedahan ini..Seorang yang terlalu merendah diri..simple..lembut dlm tutur katanya.warak orangnya. dan dia cukup terkenal di situ.

20 March 2007..setelah appointment ditetapkan ...aku membawa mama bertemunya..Next day,Dr Zainal ingin bertemu denganku utk maklumkan padaku keputusan pemeriksaan itu..Aku bertemunya..Katanya melalui clinical examination,mama disahkan menghidap kanser payudara.Infiltrating Ductal Carcinoma Stage 2.Radical Mastectomy adalah cara terbaik..maknanya Mama akan kehilangan sebelah payudaranya..Ya Allah,mendengar keputusan itu..lidahku kelu..dadaku terasa begitu berat..seolah2 sebuah gunung besar menimpaku.Yang kutakuti..benar2 berlaku!!!Aku tak tau harus berkata apa lagi..Bagaimana harus aku terangkan pada mama akan hal ini.Berilah kekuatan buatku Ya Allah.Saat itu,Dr Zainal mententeramkanku..Sabar dan bertawakal,ini adalah ujian dr Allah..InsyaAllah,pembedahan segera boleh menyelamatkan nyawa katanya..



Setelah memohon diri,dengan langkah yg longlai..aku meninggalkan Dr Zainal..Fikiranku tak keruan..sampai kat kereta,aku tpn adikku yg kat KL..sambil menangis aku maklumkan akan result tu..adikku juga menangis.Aku pulang..tapi tidak terus ke rumah.Aku harus tenangkan diriku terlebih dulu..Aku ke pantai PCB..Sampai kat sana, aku menangis sepuas-puasnya...Sebaik aku rasa aku dah dapat mengawal emosiku..Aku memandu pulang................................

Kat rumah,aku buat mcm biasa..aku merenung mama ..melihat akan wajah mama,airmataku bergenang lagi....bagaimana harus aku beritahu mama..tapi mlmnya kugagahi juga...kuterangkan pada mama dan abah akan keputusan dan pembedahan itu..Mama nampak tenang jer..mungkin dia dah redha dgn apa yg menimpanya ini..Mama bersetuju..begitu juga abah...Katanya nyawa mama lebih penting dari segala2nya..Ya Allah..janganlah ada yg meracuni fikiran abah dan mama lagi..


21 March 2007..aku daftarkan Mama kat wad berbayar (Usains)...aku tau ianya memerlukan perbelanjaan yg banyak.Dr Zainal juga menerangkan akan hal itu kepadaku di depan Abah dan Mama.Semuanya perlu dibayar..tak macam hospital @ wad biasa..tapi selagi termampu,akan kulakukkan apa saja asalkan mama mendapat rawatan yg terbaik..lagipun itu janjiku pada mama!!Bila kat situ..kita bleh pilih doktor mana yang kita nak..semuanya doktor pakar yg merawat..Mama melarangku..katanya,tak payah bazir2kan duit..mana2pun sama saja.Allah jua yg menentukan segala2nya.Biarlah mama..dirimu tiada galang gantinya..Andai nyawaku menjadi taruhan..aku rela!!!Esoknya,Mama dah kena admit.

Ada lagi...Wassalam

2 comments:

  1. salam Azima..

    aka tak sabar nk baca cerita seterusnya nih ..

    ReplyDelete
  2. Salam Ummi,

    Terima kasih...InsyaAllah,akan saya paparkan cerita seterusnya..

    Wassalam

    ReplyDelete