Sunday, April 11, 2010

The saddest day of my live losing my Mom...PART 5



April 17,setelah hampir sebulan..Mama perlu mendapatkan rawatan susulan..kali ni Mama perlu berjumpa dengan Dr Muraly..Pakar Oncology..Doktor pakar dari India..Aku menemani Mama untuk pemeriksaan ini..Temujanji kami di Klinik Usains..Oleh kerana Dr Muraly tak fasih ckp melayu...so aku perlu explain kat dia kondisi Mama n explain kat mama apa yg dia cakap..Medical term ni susah juga aku nak paham...nak2 dia ckp omputih ikut slang dia plak..telinga ni kna bukak luas2..nanti lain yg dia ckp..lain yg aku paham...


HISTOPATHOLGY REPORT MAMA...

Episod seterusnya dlm hidup Mama,Mama perlu jalani 6 cycle chemotheraphy..after that 15 times radiotherapy..
Takut juga memikirkan akan rawatan2 yg harus Mama jalani..Symptom semasa dan selepas rawatan ni..hanya Allah yang taulah mcm mana peritnya.Yang pastinya rambut Mama akan gugur..botak dlm erti kata sebenar..Aku cuba mendapatkan seberapa banyak info dr buku2..internet dan juga rakan2..aku juga sering berbincang dgn Dr Muraly..sebagai persediaan sekiranya apa2 berlaku kepada mama semasa rawatan tersebut..sekurang2nya kita tak terkejut dan lebih bersedia hendaknya..




SEL KANSER PAYUDARA

Aku perlu berbincang dengan bosku..Saat ini perlu peruntukkan byk masa buat Mama.Mama perlu menerima rawatan tersebut..Banyak masa akan dihabiskan di hospital.Sebagai anak yg sulung..aku harus berkorban.Aku mahu sentiasa menemani Mama...Mcmana dgn kerja???Cutipun dah habis!!!!
Jalan terbaik adalah berhenti kerja..tapi Mama tak setuju...Katanya Abah dan adikku Noni boleh menjaganya...
Mana mungkin Mama,takkan aku nak lepas tangan..sebagai anak yg sulung..aku harus lebih bertanggungjawab...
Tanpa persetujuan Mama,kusampaikan notis berhenti kerja pada bosku dan berlalu ke bilikku.....dalam hal ini aku perlu membuat pilihan..kerja @ Mama..yang pastinya Mama adalah pilihanku..aku ingin menjaga Mama.Rezeki Allah yang menentukan...


Petang itu juga..my big bos memanggilku ke biliknya..dia tidak bersetuju akan keputusanku utk berhenti..Katanya aku boleh menemani Mama semasa rawatan...Aku boleh datang kerja selepas mengurusi Mama..kerana itu adalah keutamaanku.Aku perlu menjaga Mama...Kami berbincang utk mencari penyelesaian terbaik...
Dia memberikan cadangan..aku hanya datang ke office selepas Mama selesai rawatan..kerja2 yg mana tak settle..akan aku siapkan di rumah.Jadual kerjaku flexible...Aku legaaaaaa.Aku masih boleh menjaga Mama tanpa aku perlu berhenti kerja...Syukur Alhamdulillah.Allah mempermudahkan urusanku ini..


 Kondisi Mama semasa Chemo...................



2 comments:

  1. Assalamualaikum Azima

    Saya terharu dgn keputusan Azima tu
    satu keputusan yg mencabar

    ini berkat nya kita berserah bulat2 kpd Allah
    setelah kita berusaha
    rezeki ditangan Allah

    sekiranya bos itu seorang islam
    dia adalah diantara orang yg beriman/taqwa

    Al Fatihah untuk arwah mama Azima

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam Atuk,

    Terima kasih Atuk..Maaf,lambat reply..Broadband buat hal la...

    Atuk,sesiapun akan buat perkara yg sama bila berada dlm keadaan mcm ni..Ibu adalah segala2nya!!!

    Syukur Alhamdulillah..saat tu Allah mempermudahkan segala2nya buat saya..

    Kirim salam kat nenek ye atuk..

    Wassalam

    ReplyDelete