Thursday, April 8, 2010

The saddest day of my live losing my Mom...PART 1


Ya Allah..cepatnyer masa berlalu..pejam celik..pejam celik..seminggu lagi genap la 2 tahun pemergian arwah ibuku..rasanya baru semalam aku kehilangannya..

Suatu hari ...sedang aku berbual2 bersama mama..mama memberitahuku ada benjolan di sebelah payudara kirinya..betul2 dekat nipplenya...Dia menyuruh aku menyentuhnya..Aku meletakkan tangan dipayudaranya..Benar,ada benjolan hampir sebesar duit 5 sen.Ya Allah,jangan ianya sesuatu yang berbahaya buat ibukku..bisik hati kecilku..Benjolan itu adalah statik..aku menjelaskan kepada ibuku akan kemungkinan2 benjolan itu..Harapan kami ketika itu biarlah ianya sekadar benjolan biasa..

Aku bagitau mama agar segera membuat pemeriksaan..andai ianya bukan yg kami harapkan..rawatan segera sekurang2 dapat menyelamatkan nyawa..Itu yg aku faham..Tapi kuasa Allah menentukan segala2nya..

Aku membawa mama ke hospital yg berdekatan..doktor yg bertugas ketika itu ialah Dr Hayati..lembut orgnya..Dia membuat pemeriksaan  serta memberi penerangan kepada mama akan kemungkinan2 tersebut..aku juga ada bersama ketika itu..Dia memberikan reference letter utk pemeriksaan lanjutan ke HUSM..Kami pulang ke rumah..mama memaklumkan perkara tersebut kepada Abah..Abah terkejut..Adik2ku juga terkejut..Tapi kami masih lagi berdoa..agar ianya bukan apa yang difikirkan..

Abah tidak bersetuju utk mendapatkan rawatan di hospital..begitu juga dengan org sekelilingku..Mereka mencadangkan agar mendapatkan rawatan alternatif..Kata mereka rawatan alternatif adalah yang terbaik..Macam2 cerita timbul..semuanya berkisar tentang kematian dan akibat kiranya membuat rawatan di hospital..Jiran2 yg berkunjung datang bersama cerita yg macam2..begitu begini..bomoh tu bomoh ni..Ingin saja aku berteriak kepada mereka ketika itu..Apakah mereka sedar,bukan ibuku saja yg menanggung sakit...kami sekeluarga juga merasa kesakitan itu!!! 

Aku tidak bersetuju..tapi aku tidak berdaya untuk membantah keputusan yg dibuat  ketika itu..Aku mengikut saje dan turut jg membawa mama mendapatkan rawatan Homoepathy..Ya Allah,macam2 dah dicuba..duit yg habis tak payah cakap..tapi utk mama tersayang..semua itu tiada nilainya..Tapi hasilnya adalah sia-sia..


Hampir 2 bulan berlalu..bomoh bermacam jenis bomoh..macam2 ubat dan penawar dicuba.....bagiku..semua itu mengarut belaka!!!! Ramai yg sudi menghulurkan bantuan.. ada yg siap datang urut2 lagi kat breast tu..(yg ni paling aku geram bila adikku maklumkan padaku akan hal ini bila aku tiada di rumah)..tapi semuanya sia2.Benjolan itu semakin membesar..dari sekecil duit 5 sen..menjadi sebesar duit 20 sen...

Bila dah jadi mcm ni..kali ini aku berkeras..mama perlu mendapatkan rawatan di hospital..itu adalah jalan terbaik buatnya..Aku tidak sanggup lagi melihat mama menahan kesakitan..Aku sudah mengikut kehendak mereka utk berubat secara tradisional..Kali ini mereka harus mengikut kemahuanku pula..cara ku!!!Ya Allah,keluarkanlah aku dalam kebuntuan ini..Hanya padamu aku berserah..Aku berdoa dan terus berdoa..Tapi,Abah membantah keputusanku..Aku bertekak dengannya akan hal ini..Tiada siapa setuju akan keputusanku..adik2 diam seribu bahasa..mereka juga keliru!!

Aku bersemuka dgn Chik (my aunt)..dia juga tak berani nak komen..susah,masing takut dipersalahkan andainya apa2 berlaku kpd Mama.Geram..kecewa..semuanya bercampur..aku katakan padanya..andai apa2 berlaku pada ibuku..aku tidak akan maafkan Abah..dan juga mereka2 yg meracuni fikiran Abah..Ketika ini,airmata menjadi teman setiaku..aku betul2 tertekan.Aku tidak dapat menumpukan perhatian kpd kerja..akan selalu membayangkan kemungkinan2 itu...Ya Allah,begitu berat dugaanmu buatku..Aku mohon ketabahan  dan kesabaran dlm melalui ujianmu ini..Berilah aku kekuatan..


Ya Allah bantuilah aku!!Janganlah apa2 terjadi pada mamaku..aku terlalu menyayanginya.Aku tahu semakin lama dibiarkan,semakin teruk jadinya..dan chances utk survive adalah tipis.Pada satu malam,aku nekad..aku berbincang dengan mama..aku yakinkan dia..aku akan mendapatkan rawatan dan doktor yang terbaik buatnya..Tapi mama masih mahu aku berbincang dgn Abah..

Aku sebenarnya sudah hilang arah dan pertimbangan..apa yg perlu aku perbuat..Mama tidak mahu membelakangi Abah..Aku tau Abah juga keliru ketika itu..iyelah bermacam2 info dr mereka2 yg tidak bertauliah sampai ke telinganya....Aku tau,Abah terlalu menyayangi Mama ..Mereka semua menyayangi Mama..Tapi bila dlm kekeliruan itu..dia tidak dpt berfikir secara rasional.


TO BE CONTINUED...WASSALAM


                                                                                      

8 comments:

  1. salam Azima..

    al faatihah buat mama Azima .semoga arwah tenang dan bahagia di sana.

    w.pun pahit nk diterima tp mama tetap taat pd Allah dan suaminya , syurga lah ganjaran buatnya.ameen

    ReplyDelete
  2. salam azima

    alfatihah buat ibu mu

    al fatihah

    ReplyDelete
  3. Salam Ummi,

    T.Kasih Ummi.InsyaAllah..AMIN AMIN YA RABBBAL ALAMIN...

    Mekasih Ummi kerana sudi singgah blog saya ni..

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Itam,

    AL-FATIHAH...AMIN

    Tkasih Pak Itam..juga terima kasih krn sudi singgah kat sini..

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. BHS sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mama mu...

    ReplyDelete
  6. Salam BHS,

    Terima kasih bebanyak..Dan terima kasih krn sudi singgah kat sini..

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. salam azima,

    Alfatihah untuk arwah.

    Bersabarlah....sudah ketentuan Allah sebegitu.Redholah .

    Memang berat bahu memikul,tak sama beratnya mata memandang.

    Berdoalah pada arwah dan juga pada abah.Jadilah anak yang solehah.

    wassalam.

    ReplyDelete
  8. Salam Azima,

    Cerita azima seperti cerita ku jua pemergian ibu tercinta pada tahun 2006 dlm usiaku 40 thn,sehingga sekrg saya tak pernah tinggal untuk sedekahkan al-fatihah untuknya.

    ReplyDelete