Penantian di luar dewan bedah amat menyeksakan..aku terus berdoa dan berdoa..semoga Allah melindungi Mama..
Jam 12.10tgh..operation selesai..Alhamdulillah.Beberapa minit kemudian aku lihat Mama ditolak keluar ke bilik pemulihan (Recovery Room) .Mama masih tak sedarkan diri..begitu pucat ku lihat wajah Mama..Dr Zainal memanggilku..dia menunjukkan padaku tisu2 breast Mama yg dikeluarkan di dalam sebuah bekas kecil.Kelihatan seperti lemak ayam macam tu...Sample itu harus di hantar ke makmal itu utk clinical diagnosis..
Jam 1 ptg..Mama di tolak ke bilik kami..Mama masih tidak sedar dan perlukan rehat secukupnya.Ku tatap dan kucium pipi Mama..kesian Mama..Mama seorang yang tabah..Moga2 aku juga setabah Mama.
Jam 4 ptg..Mama dah sedar..tapi masih lemah..
Ramai sedara dan kenalan2 Mama datang melawat...Dr Zainal telah memaklumkan pada mereka agar tidak mengganggu Mama...Kurangkan bercakap dengannya.Dia juga berpesan padaku,Mama tidak boleh makan dan minum selama 6 jam selepas pembedahan..hanya sapukan kapas basah ke bibirnya sahaja jika dia kehausan..Kesian Mama..
Malamnya Mama dah sedar sepenuhnya..adik-beradik Mama setia menunggu..Mama dah boleh bercakap.Mama nampak happy bila tgk mereka ada bersama..Pukul 11 mlm..mereka semua pulang...
Dr Zainal akan datang melihat perkembangan Mama 2 kali sehari.Pagi dan malam.Tapi kalau ada apa2,kita boleh panggilnya bila2 masa...Mama nampak selesa dengannya.Mama bagitau..dia bersyukur krn Dr Zainal yg merawatnya..baik hati dan lembut dlm tutur katanya..setiap kemusykilan kami..diterangkan dengan begitu baik sekali..
Ramai saudara dan kenalan2 Mama yg datang.....tiap2 hari ade je yg datang melawat....penuh dalam bilik ni...
Seminggu kami berumah di bilik ini....Esoknya Mama dah boleh discharge..Terpancar kegembiraan di wajah Mama. pastinya Mama betul2 rindu utk pulang ke rumah..
March 29, 2007..11.00 pagi..Mama dah boleh discharge..
Alhamdulillah..semuanya dah selamat.
Welcome Home Mama.seterusnya........................................Wassalam
Assalamualaikum Azima
ReplyDeleteAl Fatihah untuk mama Azima
Wassalam
Waalaikumsalam Atuk...
ReplyDeleteAMIN...terima kasih bebanyak atuk!!!
Semoga atuk sekeluarga dirahmati Allah..
Wassalam
salam Azima..
ReplyDeletesemoga kita semua diberi kekuatan iman dan ketabahan seperti mama Azima .
dan mudah2an kita semua yg bergelar wanita terhindar dr musibah itu hendaknya.
Salam Ummi..
ReplyDeleteInsyaAllah..semoga Allah mengurniakan ketabahan buat kita semua dlm menempuh setiap ujian dariNya..Juga Allah menjauhi kita dari penyakit2 yang bahaya ini...
Ummi..sbenarnya takut jugak..ikut statistik sekarang.. 1 out of 5 wanita skrg ni..mengidap kanser.Ia menjadi pembunuh No.1 dikalangan wanita dan kematian sebab penyakit ni meningkat setiap tahun..Nauzubillah..
Wassalam