Thursday, April 15, 2010

The saddest day of my live losing my Mom...PART 9


Aku berjumpa Dr Muraly dah maklumkan akan keadaan Mama yang semakin teruk..Dia suruh Mama admit..
10/3/2008 Mama di bawa dengan ambulan ke hospital..ditemani oleh adik bongsuku..Aku menyusuri dgn kereta di belakang..Mama admit kat Ward 2TD (USAINS)..ward yang sama cuma bilik je lain..Selepas jer admit..Dr Muraly suruh Mama buat ultrasound hati dan X-ray bahagian pinggang Mama....

Malamnya aku,abah dan kedua2 adikku menemani Mama.Kami bermalam di bilik hospital.Malam tu Mama ok jer cuma Mama tak boleh pass urine ...paginya Dr Muraly memanggilku..menerangkan padaku keputusan ultrasound semalam.Katanya Sel tu dah merebak ke hati Mama...Ya Allah..kali ini hatiku bagai direntap..Aku tahu bila kanser merebak ke hati..prognosis adalah sangat tipis..Dr Muraly cakap..mungkin 6 bulan - setahun jer lagi Mama boleh survive..Tapi melihat keadaan Mama...aku meraguinya....Aku hanya berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit Mama..Hanya dia yang berkuasa atas segala2nya..



Selepas solat Jumaat..Dr Faisham,pakar otopedik datang ke bilik kami dan  memeriksa bahagian pinggang & paha Mama..Dia cakap bahagian tulang paha kanan Mama patah...Dia memerhatikan Mama..Dari riak wajahnya..dapat kurasakan kebenaran yang tersimpan dibenakku ini..Dia memanggilku ke pejabatnya dan menunjukkan filem X-ray tersebut padaku..Dia menerangkan padaku akan keputusan X-Ray Mama.Dapat kulihat tulang di bahagian paha kanan Mama yang patah itu..Patah bukan disebabkan jatuh tapi disebabkan sel2 kanser yang menyerang tulang tersebut..bahagian itu mejadi rapuh dan patah dengan sendirinya..patutlah mama tak boleh jalan..Perancangan awalnya..tempat yg patah tu nak dibedah..tapi kata Dr Faisham..melihat kondisi mama..pembedahan sudah tidak ada gunanya..hanya menyakitkan Mama je..Aku faham apa yg dimaksudkannya...Mama hanya menghitung hari....Ya Allah kau selamatkan Mamaku..berilah kesembuhan buatnya..kasihanilah kami Ya Allah..Ku capai h/phoneku..ku kabarkan keadaan Mama pada kawanku di Pondok Lubok Tapah..mohon agar mendoakan membuat sembahyang hajat buat Mama..

Aku kembali ke bilik...Mama bertanya padaku akan keputusan Dr Faisham..dan Mama juga bertanyakan aku akan keadaan paha kanannya yang patah...Ya Allah..bagaimana harus aku khabarkan pada Mama..keadaan Mama yg sebenarnya.. Ujian ini terlalu berat buatku..Hanya insan yg pernah berada di situasi ini akan lebih memahami...Aku maklumkan pada Mama..setelah Mama sembuh nanti..paha kiri Mama itu akan dibedah..Mama akan dapat berjalan seperti sediakala..kataku pada Mama yang penuh dengan kepalsuan!!!Yang Allah..maafkanlah aku..aku telah berbohong pada Mama akan keadaan sebenar..Mana mungkin aku beritahu Mama..yang Mama sudah tidak punya harapan untuk sembuh..Hanya keajaiban dari Allah yang boleh mengubah segala2nya...Mama,maafkanlah anakmu ini...

Keadaan tulang yang patah itu...

Setiap hari ada yang datang melawat Mama..Petang itu semuanya masih seperti biasa..Mama susah utk pass urine..Di hospital..Mama tak menyentuh apa2 sekadar milo suam.Mama hanya tidur jer..sekejap2 kami kejutkannya utk beri minuman..lepas tu sambung tidur lagi..wajah Mama nampak semakin cengkung..Petang tu kawanku dari Pondok Lubok Tapah datang membawa air penawar buat Mama...Masihku ingat...lebih kurang pukul 6 petang..aku memohon izin dari Mama utk pulang ke rumah utk mengambil pakaian dan keperluan kami..Tengok keadaan Mama,aku fikir Mama akan tinggal di sini lebih lama lagi...Tapi Mama tidak membenarkan kami pulang..dia memelukku erat..berkali2 aku memohon...Akhirnya Mama mengizinkan meskipun dalam nada yg agak berat..

Aku pulang bersama adikku Noni..Dlm perjalanan,aku maklumkan keadaan Mama yg sebenar kepada Noni..Kami menangis..

Sabtu,12 April...Dr Muraly berbincang denganku akan rawatan yg harus Mama lalui..Dr Muraly menyarankan utk buat operation...Tapi aku tidak bersetuju...begitu juga Abah dan keluarga yg lain..Keadaan Mama sudah tidak mengizinkannya utk berbuat demikian..
Petang tu...Adikku dari KL sampai..bersama suami dan anaknya...masa tu Mama masih lagi ok..boleh bercakap dan mengenali kami semua...Siap minta nak makan biskut dengan milo...Sebelum ni Mama tak ada selera langsung nak makan..Aku tak tahu..rupa2nya itulah makanan terakhir Mama..



Malamnya..Mama nampak letih kembali..kutitipkan air zam2 selalu ke mulut Mama...Sempat aku memohon maaf dari Mama..Aku juga mohon agar Mama memaafkan semua anak2nya ..Mama mengangguk...dan aku titipkan lagi air zam2 tu...

Pukul 2 pagi..Mama diserang asma...aku memanggil nurse yang bertugas..Lalu dia menelefon Dr Muraly..20 minit  kemudian,Dr Muraly sampai...dia memeriksa Mama...Selepas beberapa ketika..Dr Muraly memanggilku..Dia memaklumkan padaku denyutan nadi Mama semakin lemah dan tidak stabil..Mama hanya menunggu Masa..Mungkin pagi esok...Subhanallah..

4 comments:

  1. Salam Azima,

    Tabahkan hati. Sentiasalah kirimkan doa buat mama Azima yang telah pergi.

    ReplyDelete
  2. Salam Mama Nab,

    Terima kasih di atas pesanan itu..InsyaAllah,akan saya selalu berdoa dan buat kebajikan buat arwah Mama..

    Terima kasih juga kerana Mama sudi singgah dan komen kat sini..

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Azima

    Subhanallah
    Al Fatihah untuk aruah mama Azima

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Atuk...

    Atuk sihat???

    AL FATIHAH....terima kasih atuk.Terima kasih juga krn atuk slalu singgah n komen kat sini..

    Wassalam

    ReplyDelete