Tuesday, March 30, 2010

BEAUTY OF MATHS


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebat..bukan?

Dan lihat pada symmetry ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang, tengok yang ni plak...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

Apa yang sama 100%?
Apa maknanya kalau diberi lebih dari 100%?

Pernah tak terfikir..nape org selalu cakap..mereka beri lebih dari 100%

Siapa yang boleh berikan kita sesuatu melebihi 100%
Macamana nak mencapai lebih dari 101% tu?
Apa yang sama 100% dalam hidup ini?

Di sini sedikit formula matematik untuk jawapan2 tersebut:

JIKA:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

digantikan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

JIKA:

H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

DAN:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

TETAPI:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

KEMUDIAN, Lihat betapa dalamnya Kasih Sayang Allah kepada Kita..

L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
 


 Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top! that might help will take you: MAY THE LOVE & BLESS OF ALLAH BE ALWAYS WITH US..INSYAALAH..

Friday, March 26, 2010

Yaasin...Hati Al-Quran




Salam Hari Jumaat buat semua muslimin & muslimat semua..Semoga kita semua mendapat keberkatan pada hari ini..penghulu segala hari..dan juga hari-hari berikunya..AMIN

Hati sebuah perkampungan adalah Masjid...
Hati sebuah rumahtangga adalah isteri solehah...
Hati kita adalah hati...
Dan Hati Al-Quran adalah Surah Yaasin.


Sesetengah dari kita hanya membaca Yaasin ini bila ada kematian,mengunjungi saudara yang sakit..bila menerima musibah dan bencana..dan aku juga tidak terkecuali..seingat aku la..Surah Yaasin ni jarang aku baca..Astagfirullahalazim..Ya Allah Ampunilah aku..

Tapi itu dulu,manusia berubah..

Tanggal 13/04/2008..setelah ibuku dijemput Illahi..segalanya berubah..Yaasin ini sudah menjadi bacaan harianku..kalau dulu,bacaanku ini tergagap-gagap,tapi Alhamdulillah..semakin lancar dan malah aku juga dah boleh menghafalnya.Syukur padamu Ya Allah di atas perubahan ini..

Selepas solat,aku baca Yaasin..dlm perjalanan ke office,aku baca Yaasin..kalau dulu on d way to office..pasang cd dgr lagu..kini,bila ada masa terluang ..aku baca Yaasin..yer la bacaan tu tak sampai 20 minitpun.juz nice..sampai je office,dah habis bacaannya...

Syukur.. kematian itu menginsafkan aku..dan krn itu juga janjiku buat arwah ibuku..untuk selaluku menyedekahkan bacaan Yaasin buatnya..Semoga setiap amalan baik yg kulakukan ini..mendapat kebaikan buat ibuku di sana..InsyaAllah..AMIN.
AL-FATIHAH BUAT IBUKU..

FAEDAH DAN KEBERKATAN MEMBACA SURAH YAASIN..

Membaca Yaasin pahalanya seperti membaca Al-Quran 10 kali

Nabi Muhammad s.a.w menginginkan agar Surah Yaasin itu ada di dalam hati tiap insan dari umatnya.

Antara keberkatan Surah Yaasin:

*Jika lapar akan merasa kenyang.
*Jika haus akan hilang rasa dahaganya.
*Jika bujang akan cepat datang jodohnya.
*Jika sakit akan segera sembuh.
*Jika mengembara akan terpelihara keamanan disepanjang perjalanannya itu.
*Jika sesat akan ditunjukkan jalan keluar.
*Jika barangnya hilang akan mendapat kembali barang yang hilang itu.
*Jika takut akan merasa tenang dan aman

Membaca pada setiap malam terutamanya malam Jumaat akan diampuni segala dosa-dosanya(yang kecil)


Semoga Yaasin ini menjadi bacaan kita seharian dan senantiasa ada dlm hati kita...dan kita mendapat keberkatan darinya..InsyaAllah..AMIN.

Sekiranya ada kesilapan di atas coretan saya ini,maafkanlah saya dan mohon diperbetulkan..Terima kasih..Wassalam

Wednesday, March 24, 2010

ALLAH SEMBUNYIKAN 6 PERKARA BUAT KITA...




Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik dan menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang.Sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku,adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai bersolat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"





Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:-
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. Allah S.W..T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat
di dalam semua hari.

Semoga ianya menjadi renungan dan ingatan buat kita semua.SesungguhNya Allah amat menyayangi kita..cuma kita yang tidak tahu bersyukur.Forward kat teman2 kiranya ingin dikongsi bersama.Semoga kita mendapat kebaikan darinya.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.....

Friday, March 12, 2010

Aku Mahu Tinggalkan Dunia Ini Dalam Sujudku...FATIMAH AZ ZAHRA



SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak ternampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."



Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria.



Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"

Malaikat-malaikat itu menjawab:

"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."

Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda.

Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?
RENUNG-RENUNGKANLAH....

Tuesday, March 9, 2010



Menangislah sahabat...
Kerana air mata adalah bicara yang terindah...

Air mata terindah lahir
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan...
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan...
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai...
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu.




Dan bilamana dirimu meraih tangan
Insan bergelar sahabat
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi
Butiran mutiara yang sangat indah.

Bilamana tercipta satu pertemuan
Dan Terungkai segala isi hati
Terungkap sebuah jalinan persahabatan
Tapi tibanya saat perpisahan
Detik ini pasti akan terjadi
Titisan hangat pasti akan menemani diri
Kerana pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam.

Bertemu dan berpisah kerana Allah
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan
Pergimu menyebarkan wangian jannah
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga.

Tetapi sedarlah sahabat
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu
Itulah air mata yang paling bernilai
Ia bisa menjadi perisai untukmu.

Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta
DAMBALAH KASIH DAN CINTA PADA NAN SATU..
ALLAH YANG ESA!!!

Wednesday, March 3, 2010

Little Voice Inside My Brain...




Hari yang meletihkan....mana taknya byk bnda yang nak kena settle tp masih tak settle2 lagi..sehari ada 24 jam..(kan best kalau ada 48 jam)Seminggu ada 7 hari..Sebulan ada 30 @ 31 hari (jangan dikira la bulan 2 tuuu..)setahun ada 365 hari..tahun berganti tahun..tapi aku dok mcm ni jer..tak habis2 ngan kije...kije kije kije..Ye lah,kalau x kije nak mkn apa ekk..





Tp otak aku nih dah letih dah..kalau la dia boleh cakap..msti dia ckp...Azima,nape lo kau ni x brenti menyusahkan aku..aku nak rehat gak..nak pi jalan2..nak pi dating..(yg ni aku kosian dkt ko)..nak pi tgk wayang..(jgn nak mengarut..mana ada panggung kat sini)
nak pi shopping(hehehe..yg tu aku suka gak)..kesian dkt ko yer otak..nantilah aku pertimbangkan.

Amboi otak..bukan main ko yer..ko marah jelah kat bos aku tu..habis citer.Bgtau dia xyah suruh aku buat kije..dok saje2..goyang kaki then cukup bulan dpt gaji..bleh kita gi shopping...(best gak tu) blehhhhhh?????????
Bleh...Bleh belah jawabnya..

Sabarlah otak..selagi aku hidup..ko tetap kena kerja ngan aku..bila aku tidur..tu la masa cuti ko..Ko jgn dok pok pek pok pek jer..

Monday, March 1, 2010

Bill..Bill..Bill


Malasnya nak kuar..
Cuaca yg panas sangat kat luar tu..
Lepak2 je la kat umah..emmmm
Tapi hari ni nak kna byr bill ni..
Esok dah masuk bulan lain dah..
Nanti ada lagi yang kol..
Ni cerita beberapa hari lepas..
"Selamat Pagi Puan Azima(silap tu..sy ni cik lagi la..hehehe tp apa2 la.. aku xkisahpun.. :-)
"Iye selamat pagi"
"Puan..saya dari..bla bla bla..Nak ingatkan payment utk bulan 2 belum dibuat..
"Ya cik..nanti saya buat payment hujung bulan ni...
Betul2 efisyen la diaorang ni..tpn ingatkan pasal hutang aku..(Bukan aku tak ingat tp malas je nak klua..PANAS..
Tp arini terpaksa gak klua..
Buat list dulu..apa yg nak dibayar..mana nak pi dulu..

Mula-mula gi Bank Muamalat...bayar loan kedai
Pas tu gi CIMB gi bayar c/card
Gi plak AmBank bayar loan Mr Vios ku..
Then kena pi RHB buat peyment c/card lagi..
Pi telekom byr bil tepon..elektik..
Astro...??? xyah susah nak byar..dah buat autodebitpun.
Laaa..lupa la plak..tabung haji kna pi jgk..
Biasalah bulan2 aku save sikit dalam TH..

Nampak gayenya..mcm aku yang ada penyakit malas nak klua ni..lebih baik la buat autodebit semuakan..SENANG...

TOTAL : RM.......

Ayoyoo..banyaknyer nak kna byar ni..
Ni tak termasuk nak byr life insuran lagi nihh..pokai2..

Hutang ooo hutang..cari duit bayar hutang..