Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu...


Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu semua...

Buat semua ibu-ibu..saya hadiahkan kek ini ..biarpun tak dapat merasa..tapi kek ini ikhlas dari hati..terimalah....HAPPY MOTHER'S DAY..LOVE U ALL

Buat  yang masih punya ibu...bersyukurlah dengan peluang yang masih Allah berikan buat kalian..Jangan sia-siakan peluang ini..Kalian sangat bertuah kerana masih punya ibu..masih boleh bermanja dengan ibu...masih dapat merasa masakan ibu...masih ada ibu untuk mengadu...

Gembirakanlah hati mereka ketika hayat merekaJadilah seorang anak yang mampu berbakti kepada ibu dan bapanya ketika di dunia lagi apatah lagi di akhirat. Selagi peluang kehidupan yang Allah berikan kepada mereka di dunia ini, maka manfaatkan segala waktu yang bersisa bersama mereka...hargailah saat ini..Hari ini adalah kepastian..tapi esok ada pelbagai kemungkinan..

Ibuku sudah tiada....Allah hanya meminjamkan aku ibu hanya buat seketika cuma..Begitu cepat DIA  mengambil balik apa yang dipinjamkan itu...siapalah aku untuk melawan kehendakNya...Aku redha dengan ketentuan ini..Saat dan tika ini..hanyalah doa dan bacaan Ayat2 Suci Al-Quran yang mampu kukirimkan buat ibu..Kini kurasai erti kehilangan sebenar....Hilangnya tak berganti..Rinduku tidak bertepi..


Renungilah susah payah mereka mengendong kita selama 9 bulan ke sana dan ke sini dengan penuh hati-hati. Seterusnya membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama dan masyarakat. Sehinggalah kita menjadi diri kita tika ini. Dengan izin Allah,kalian masih berpeluang untuk bersama mereka. Bersyukurlah di atas kesempatan yang dikurniakanNya itu dengan dengan mengembirakan mereka. 

Janganlah menyesalinya apabila sampai masanya Allah menjemput mereka,Saat itu.. hanya untaian doa yang mampu kita kepilkan sebagai tanda ucapan terima kasih di atas segala penat lelah mereka membesarkan kita selama ini. Sementara masih belum terlambat...tunaikanlah khidmat bakti yang sehabis baik kepada mereka sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Supaya kelak apabila mereka dipanggil mengadap Illahi,mereka pergi dalam keadaan tenang tersenyum riang.

 Aku bersama Arwah Mama....Mama terlalu kurus saat ni..masih dlm chemo..Mama..I Love U so much..Nobody can replace U..I'm so lucky to have a mum like U...Mmmmmuahhhhhh.Selamat Hari Ibu Mama..

SAJAK BUAT MAMA..
Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..AL-FATIHAH

Selamat hari ibu kepada para ibu, ummi, mak dan mama yang pernah dan sudi menerima diri ini sebagai anak mereka.

Salam seharum kasturi....

15 comments:

  1. Assalamualaikum Azima

    salam ziarah
    Al Fatihah untuk arwah

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam Atuk Rozali...

    Terima kasih...

    Ucap selamat hari ibu buat nenek yer...hehhehe

    ReplyDelete
  3. Salam Azima..TQ atas ingatan ini..Selamat Hari Ibu untuk semua para Ibu..

    ReplyDelete
  4. Salam Azima..terima kasih atas tazkirah ini..Selamat AHri Ibu untuk semua Ibu

    ReplyDelete
  5. Salam Abg Mfisma,

    Most welcome abg Mfisma...
    sharing is caring.. (^_^)
    Dah buat apa dgn udang tu????hehheh

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. salam azima,

    sentiasalah mendoakan arwah ibu...al-fatihah buat arwah ibu azima.

    mama pun dah 2 thn kehilangan ibu...how i miss her!

    ReplyDelete
  7. Salam Azima...

    Terimakasih atas ucapan...

    Baguslah Azima rajin2lah sedekah Fatihah buat ibu ya...

    Salam sayang dari akak buat adik...

    (Bila kami kenang emak yg dah pergi kami talipon each other pas tuu terus nanagis so..kami fahamlah yg sorang lagi tuu tengah rindu sangat2 kat aruah mak @ aruah ayah...

    Bersabar yaa..semua nii pinjaman belaka... (cakap senang tapi nak praktikkan mmm..x leh nak cakap kan...)

    Wslm

    ReplyDelete
  8. Salam Azima...ziarah pertama disini...semoga roh mama disisi orang2 solehah.

    ReplyDelete
  9. Salam Mama,

    Tkasih atas ingatan tu...
    Alhamdulillah Mama..hingga detik ini,tak putus2 doakan arwah Mama..

    Mama,arwah meninggal (13/4) selang beberapa hari arwah bonda Mama meninggal (9/4) jer..tahun dan bulan yg sama..Rindu laaaaaa

    Thanks again Mama

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Su,

    Tkasih Kak Su krn sudi menyayangi diriku ini...terharu arrrr huhuhuh..

    Kak Su...bila rindu kat arwah Ma,sy tgk gambarnya...pas tu cium...pas tu....huwaaaaaaaaa.
    Sedih sebab Mama dah xde..

    Bye Kak Su...Muahhhhh

    ReplyDelete
  11. Salam pak Cik Arshad..


    AMIN YA RABBAL ALAMIN..

    Terharu arrrr..sebab pak cik sudi singgah kat blog saya yg tak seberapa ni...(Tkasih10X)

    Lain kali singgah lagi yer....hehehhe

    ReplyDelete
  12. assalam...salam kenal dari saya..1st time berkunjung di teratak u nie..nice blog..untuk mengeratkan lagi saya dah jadi salah seorang follower u...klu ada masa jemput la keteratak amy ye...

    ReplyDelete
  13. Walaikumsalam Amy,

    Thanks 4 joining my blog..salam ukhuwah dari saya..Alhamdulillah.

    Semoga ukhuwah yg terjalin berkekalan..InsyaAllah,akan saya kunjungi teratak Amy nanti...thanks

    ReplyDelete
  14. salam sayang
    ku sedekah kah bacaan AL-fatihah

    ReplyDelete
  15. Salam sayang Kak BHS,

    Alhamdulillah...terima kasih kak..

    Semoga akak dlm lindungan & rahmat Allah selalu hendaknya...

    Wassalam

    ReplyDelete