Monday, May 24, 2010

MeNgUaP.....Aaaaargh...


Menguap??????
Eh, apahal plak citer menguap ni ..apa yang specialnyer..semua orang menguap laaa!!!!akupun menguap gak...arrrrrrrghhhh..!!!!tapi lain orang lain cara menguapnyerkan...

Kalau anda sedang memandu...hati2 jika anda mau menguap..hehehe ...bukan apa takut terserempak  dengan spesis yang macam aku ni je..yang suka dok peghati n gelak bila tengok orang yang tengah memandu kereta dok menguap...macam2 aksi menguapnyer..ada tu bapak tikuspun boleh masuk dalam mulut bila mulut ternganga masa dok menguap tu..sambil2 memandu..sambil2 menguap..Wakakahhhh....mungkin masa tu dia ingat tak der orang yang perasanpun...tapi kalau org perasanpun..ada aku kisah..aku punya mulut...aku punya suka la....apa apa ajelah..

Baru-baru ni aku ada terbaca...cite pasal menguap ni la...kesan @ keburukan menguap..

Amboi...sedapnya baby ni menguap.....

Menguap ni...kalau kena gaya..dapat pahala..tapi tak kena gaya kita jadi teman hibur syaitan...Nauzubillah...
Bila kita menguap..mulut hendaklah ditutup....haaaaa mesti kena tutup ke????kalau tak tutup apa jadi?????Takut lalat masuk ke????Hahahahah macam2 yer...Arwah nenek aku pernah cakap..kalau menguap tutup mulut...nanti syaitan masuk dalam mulut...ada2 aje nenek aku ni...

Seperkara lagi...bila menguap...bunyi dihujung proses menguap tu pastinya pelbagai...huargh..huhuhu..haaaah...arghhhhh dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ni....korang tau tak...Allah tak suka menguap ni....


“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap. Maka apabila ia bersin, hendaklah ia memuji Allah (dengan mengucapkan ‘Alhamdullillah’). Dan merupakan kewajiban bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia berasal dari setan. Hendaklah setiap muslim berusaha untuk menahannya sebisa mungkin, dan apabila mengeluarkan suara ‘ha’, maka saat itu setan mentertawakannya.” (HR Bukhari)

Baru aku tau..syaitan amat menyukai bunyi yang hadir bersama semasa menguap kerana ini merupakan satu hiburan buat setan-setan @#%^&*@!$%&....Astagfirullah....!ooooooo selama ini kita jadi penghibur syaitan la yer....bukan main seronok la setan-setan bila kita yang menghiburkannya...!!!!Sukakah kita bila setan2 ini berseronok tiap kali kita menguap dgn bunyi yang macam2 tu????...ya Allah,selama ni  mungkin kita ingat bunyi2 yang hadir selepas menguap tu boleh dianggap suka2....rupanya kita jadi kawan baik setan...tukang hiburnya..MasyaAllah..

Jadi...marilah kita perbaiki dan hentikan semua ini..janganlah kita jadi penghibur syaitan...Bila menguap..ucapkanlah istighfar semoga kita bukan lagi menjadi teman hibur syaitan.... Semoga usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kita kepada Allah SWT dan menjauhkan fitnah syaitan..InsyaAllah..

Layan jer lah gambar2 ni....haiwanpun menguap gak...tapi kita lagi teruk dari mereka ni kalau dah jadi teman hibur setan tu...Nauzubillah..

Besaqnyer mulut dia.....
 
 
Macam si 'Soyuz' Mama Nab je ni...Soyuz,kirim salam kat Mama yer...

Kalau kita menguap tak tutup mulut...sama jer kita ni dengan yg dalam gambar ni kan..kan..hehehehh

  Yang ni best fren Kak Ngah..hehehe..Ayukan cara dia menguap tu..

Amboi garangnya....!!!! Ni mesti kes tak dapat 'asam pedas 'Papa Black ni...

Sekadar ingin berkongsi..maaf dipohon andai ada yang tersilap dan terkurang..Juga mohon diperbetulkan demi untuk kebaikan kita semua..Terima kasih..Wassalam

Salam sayang dariku..

Sunday, May 16, 2010

SeLaMaT HaRi GuRu...

Salam dan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar Guru...

 
Dah lama aku meninggalkan alam persekolahan..Tapi 16 Mei aku memang tak lupa..lagipun aku ingat sgt sebab hari guru ni juz one day after my sis's bday...kalau masa sekolah dulu...hari guru paling dinantikan..masa ni sibuk cari hadiah nak bagi kat guru2..kesempatan ni lah utk ucap terima kasih kat mereka...Time ni..mana2 guru yg garangpun berani nak pi dekat dan buat joke...Apa-apapun jasa dan ilmu yg dicurahkan oleh insan mulia bergelar Guru amatlah aku hargai dan kukenang hingga kini...Jasa kalian terlalu besar dan tak mampu dibalas..


Buat semua guru-guruku di mana jua kalian berada.. Selamat Hari Guru! Sesungguhnya kalian adalah insan-insan mulia! Terima kasih sekali lagi kerana mengajarkaku ilmu hayat! Terima kasih kerana mengenalkanku akan indahnya kehidupan! Terima kasih guru atas segala-galanya!!

Mereka yang mengajar di surau/ masjid dan di tempat-tempat lain pun guru juga…”. Maka jazakumullahu khairan kathiran buat semua guru formal dan informal. Terima kasih cikgu!! Insya Allah, ketulusan jasa dan keluhuran budimu akan tetap kukenang selama-lamanya.. Kudoakan semoga dirimu bahagia dan beroleh redha Allah di dunia ini serta beroleh SyurgaNya di Akhirat sana!! Amiin.
 The best teachers teach from the heart..not from the book..

"TERIMA KASIH CIKGU..................... "
Juga buat adiku,saudara2 dan teman2 seperjuangan yang kini bergelar guru...teruskan usaha dan niat murni kalian mendidik anak bangsa...
 

Saturday, May 15, 2010

HAPPY BIRTHDAY ATEH...

Salam Ateh (*:*)
Selamat Hari Lahir Ateh...


Hari ini hari Ulangtahun Ateh yang ke 26..Semoga Ateh dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa hendaknya..

Ateh...Ayong berbangga ada adik seperti ateh..seorang yang rajin dan bertanggungjawab..Pengorbanan Ateh menjaga arwah Mama sangat Ayong hargai..dan Ayong tak dapat membalasnya..Ayong kagum dgn Ateh...Ayong akan pastikan Angah,Ateh dan Ucu berjaya dan bahagia..Itu yang selalu Ayong doakan..Itu janji Ayong dan itu juga janji Ayong pada arwah Mama..Ayong akan tunaikan janji Ayong pada Mama untuk menjaga Abah dan kalian semua meskipun kalian sudah cukup dewasa..

Ayong terlalu sayangkan kalian semua..Hidup Ayong hanya untuk kalian..Apa yang Ayong usahakan ini adalah untuk kalian..Abang Azni juga maklum akan hal ini dan akan membantu kalian andai Allah menjemput Ayong terlebih dahulu.....Semoga arwah Mama mendapat manfaat di atas apa yang Ayong usahakan ini..juga buat Ayong andai Ayong sudah tiada di alam ini..Teruskanlah agar pahalanya terus mengalir buat kita semua...Jangan sia-siakan usaha Ayong ini..

Happy Birthday...Ateh

Seperkara yang Ayong nak ingatkan...andai menggapai bintang di langit..rumput di bumi jangan dilupakan..buatlah sesuatu dengan ikhlas dan tanpa mengharapkan pujian dan balasan..Ikhlaskan niat itu kerana Allah..Jangan mudah lupa diri..Allah Maha Mengetahui..Apa yang kita miliki hanyalah pinjaman dari Yang Maha Pencipta..


Salam Sayang dari Ayong..




Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu...


Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu semua...

Buat semua ibu-ibu..saya hadiahkan kek ini ..biarpun tak dapat merasa..tapi kek ini ikhlas dari hati..terimalah....HAPPY MOTHER'S DAY..LOVE U ALL

Buat  yang masih punya ibu...bersyukurlah dengan peluang yang masih Allah berikan buat kalian..Jangan sia-siakan peluang ini..Kalian sangat bertuah kerana masih punya ibu..masih boleh bermanja dengan ibu...masih dapat merasa masakan ibu...masih ada ibu untuk mengadu...

Gembirakanlah hati mereka ketika hayat merekaJadilah seorang anak yang mampu berbakti kepada ibu dan bapanya ketika di dunia lagi apatah lagi di akhirat. Selagi peluang kehidupan yang Allah berikan kepada mereka di dunia ini, maka manfaatkan segala waktu yang bersisa bersama mereka...hargailah saat ini..Hari ini adalah kepastian..tapi esok ada pelbagai kemungkinan..

Ibuku sudah tiada....Allah hanya meminjamkan aku ibu hanya buat seketika cuma..Begitu cepat DIA  mengambil balik apa yang dipinjamkan itu...siapalah aku untuk melawan kehendakNya...Aku redha dengan ketentuan ini..Saat dan tika ini..hanyalah doa dan bacaan Ayat2 Suci Al-Quran yang mampu kukirimkan buat ibu..Kini kurasai erti kehilangan sebenar....Hilangnya tak berganti..Rinduku tidak bertepi..


Renungilah susah payah mereka mengendong kita selama 9 bulan ke sana dan ke sini dengan penuh hati-hati. Seterusnya membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama dan masyarakat. Sehinggalah kita menjadi diri kita tika ini. Dengan izin Allah,kalian masih berpeluang untuk bersama mereka. Bersyukurlah di atas kesempatan yang dikurniakanNya itu dengan dengan mengembirakan mereka. 

Janganlah menyesalinya apabila sampai masanya Allah menjemput mereka,Saat itu.. hanya untaian doa yang mampu kita kepilkan sebagai tanda ucapan terima kasih di atas segala penat lelah mereka membesarkan kita selama ini. Sementara masih belum terlambat...tunaikanlah khidmat bakti yang sehabis baik kepada mereka sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Supaya kelak apabila mereka dipanggil mengadap Illahi,mereka pergi dalam keadaan tenang tersenyum riang.

 Aku bersama Arwah Mama....Mama terlalu kurus saat ni..masih dlm chemo..Mama..I Love U so much..Nobody can replace U..I'm so lucky to have a mum like U...Mmmmmuahhhhhh.Selamat Hari Ibu Mama..

SAJAK BUAT MAMA..
Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..AL-FATIHAH

Selamat hari ibu kepada para ibu, ummi, mak dan mama yang pernah dan sudi menerima diri ini sebagai anak mereka.

Salam seharum kasturi....

Saturday, May 1, 2010

Pejabatku,Mihrab Ibadatku...


Salam semua...

Memandangkan esok hari pekerja,saya nak ucap Selamat Hari Pekerja la buat semua...Tapi tak best arr sebab esok dah memang hari cuti dah..kalau hari Isnin ker,ok gak..dapat cuti panjang!!
Malas kerja la tu....
Emmmmmmm bila cakap pasal kerja ni..apakah  yang kita buat bila saja kita melangkah kaki di pejabat atau  bilamana melabuhkan punggung di kerusi empuk itu???

Fikir akan tugasan..
Masalah dan beban kerja...
Masalah peribadi..
Angan-angan yang tak berkesudahan...
atau sampai jer kat pejabat dah sibuk dok fikir kat mana nak lunch ..nak makan apa..tak pun tefikir apa program abis jer kerja nanti..aikk..baru jer start kerja..dah fikir yg tu!!!
Yang bagusnya..terus jer buat kerja..tak payah dok fikir apa2pun!!!
Itu sebaiknya....

Kita pernah dengar motto "Rumahku Syurgaku"....yang tu bila kat rumah laaa..tapi bila kat pejabat @ tempat kerja apa kata kita tukor jadi "Pejabatku Syurgaku".Ini juga ada baiknya kerana hampir 8 jam malah lebih waktu seharian kita peruntukkan di sini..di tempat kerja.Kita jadikan pejabat kita ini disamping mencari rezeki sebagai tempat kita mendapatkan pahala dan keredhaan Allah.Sebagai pekerja muslim,apa kata kita berfikir secara kreatif dengan mengislamisasikan budaya kerja dan mempastikan pahala dan kebajikan itu bertali arus sekalipun dalam kesibukan mencari rezeki dunia..


Ingat Allah selalu...dengan berzikrullah!!

Pagi2 sampai opis...kita mulakan hari kita ini dengan Zikrullah.. ..sambil2 membelek buku amalan atau catatan kerja yang baru..dalam hati kita berzikir kepada Allah.Hati kita mengingati Allah..
Bukan susahpun dan tidak pula mengganggu kerja2 kita...malah itu lebih bermanfaat daripada kita berbual-bual kosong..Dalam berbual kosong tu,sudah terpalit secebis dosa bilamana tanpa kita sedari kita termengumpat kepada seseorang..walhal kita sendiri tidak berniat ke arah itu...Susah...tak pasal2 nak kena minta maaf dengan org yang kita termengumpat tu..Cari pasal sajekan!!!Kan dosa kita dgn manusia,kita kena settle dengan org tu sendiri..

Berzikrullahlah..itu yang lebih baik.Secara tidak langsung,dengan berzikrullah..kita dapat menghindarkan perkara-perkara tersebut.Dengan zikrullah juga hati kita jadi tenang..Bila hati tenang,tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna..kitapun mendapat keberkatan dari kerja tersebut..betul tak???betul la tu...

Jika kita berpagi2 dengan perkara makruh dan dosa kecil...akibatnya jiwa kita lesu dan semangat kita pudar..akhirnya langkah kita goyah dan kerja kita juga tidak berkualiti..Sudahnya bila kerja tidak berkualiti..rezeki juga tidak diberkati..Nauzubilla Himinzalik...Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perkara2 sebegini...

Dok bergosip la si Joyah tu ....

Renung-renunglah...dan timbang-timbanglah!!! Agar kita lakukan sehari-hari diberkati Allah..INSYAALLAH..


Salam sayang..