Sunday, February 28, 2010

MUNAJAT CINTA AGUNG


Hatiku bergetar
Bila nama-Mu disebut, dialun
Alangkah sayunya hati
Alangkah pilunya hati
Kenangan dosa-dosaku yg menggunung

Engkau bisa saja menghukumku
Tapi Engkau hulurkan rahmat-Mu
Menggerakkan aku mencari taubat-Mu

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Jangan Engkau tinggalkan aku
Walau sesaat, atau waktu yang lebih singkat dari itu…

Saturday, February 27, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum Wbt..




Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam seluruh dunia..Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda SAW.

Semoga sunnah Baginda menjadi contoh dan teladan serta inspirasi dalam kehidupan kita seharian.

Amin.

Thursday, February 25, 2010

MAWAR PUTIH BUAT MAMA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum Wbt...

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar
Yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan

oh mama... ohhh mamaku
Tiada cinta yg murni
Setulus cintamu Kusuntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang
Kesucian cintaku..
oh mama... ohoho mama

Alhamdulillah syukur kepada Ya Rabbi kerana hasrat untuk membina blog ini tercapai akhirnya walaupun sekian lama tertangguh.
Sebagai pembuka tirai blogku ini...biarlah Mawar Putih Buat Mama menjadi n3 pertama...kerana dialah insan yang paling bermakna dalam hidupku..
KERANA DIA yang melahirkanku
KERANA DIA yang membesarkanku
KERANA DIA yang menjaga dan merawatku

KERANA DIA yang menyuap dan menidurkanku
KERANA DIA yang menasihati dan mendoakanku
KERANA DIA yang senantiasa memeluk dan menciumku
KERANA DIA selalu disampingku disaat susah dan senang
KERANA DIA aku berjaya dan menjadi aku hari ini

SEGALA-GALANYA KERANA DIA...IBU TERSAYANG!


Semoga engkau tenang di sana ibuku...Aku akan senantiasa mendoakanmu...Menyedekahkan Yaasin setiap malam buatmu ...Berbuat kebaikan untukmu...Akan aku lakukan segala-galanya untukmu ibu.Semoga setiap apa yang aku lakukan ini...beroleh kebaikan untukmu di sana.

Ya Allah..aku mohon kepadamu...Kau ampunilah Ibuku...terimalah segala kebaikannya...Hapuskanlah segala kesalahannya...Terangi dan luaskanlah kuburnya...Jauhilah dia dari seksa kubur dan azab api neraka...Tempatkanlah dia di dalam Syurga FirdausMu...Kasihilah dan jagalah dia sebagaimana dia mengasihi dan menjagaku semasa hayatnya...Aku mohon Ya Allah agar setiap kebaikan yang aku lakukan ini...pahalanya kau hadiahkanlah buat arwah ibuku.Amin

AL-FATIHAH...SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT.